I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 1, 2010

Tahniah Kepada Pemenang AJLRR 2009

Cats FM rancang naik taraf siaran di seluruh Sarawak


KUCHING : Cats FM merancang untuk menaik taraf siarannya di seluruh Sarawak menjelang akhir tahun ini.
Pengurus Besar Cats Mohd Iskandar Mohd Narawi berkata CATS FM yang setakat ini merupakan stesen radio unggul dan yang pertama menjadi sebuah syarikat persendirian,telah meraih hampir sejuta pendengar di seluruh Sarawak.
Katanya, angka yang beliau dapati datang daripada kiraan pendengar dalam masa enam bulan ini.
"Kami bercadang untuk menambah beberapa transmitter di beberapa kawasan menjelang Ogos pada tahun ini dan pada masa akan datang kerana sesetengah kawasan belum dapat menerima siaran kami," ujarnya ketika ditemui dalam sidang media AJARR,disini semalam.
Iskandar berkata,Sarawak mempunyai 2.4 juta penduduk dan setakat ini penerimaan isyarat radio belum memenuhi semua liputan bumi Sarawak.
"Bentuk muka bumi Sarawak yang berbukit-bukau menjadi salah satu faktor bagi pihak kami sukar untuk membuat siaran meliputi 100 peratus kawasan Sarawak.
"Sekarang ini kita hanya mencapai 92 peratus kawasan sahaja dapat diliputi," katanya.
Setakat ini, katanya beberapa kawasan seperti Kapit,Sri Aman,Betong dan lain-lain sudah dikenal pasti memerlukan transmitter baru.
Mengenai kos,Iskandar tidak dapat menyatakan jumlahnya tetapi beliau yakin kos yang ditanggung oleh Cats adalah besar kerana transmitter yang diletakkan memerlukan kuasa yang tinggi.
Setakat ini Cats FM telah menjalankan operasi untuk menambah 14 tiang menara bermula Ogos tahun ini.
Cats juga bercadang menggunakan transmitter sebagai satu kelebihan untuk mereka membuat perancangan 'online streaming' ataupun siaran langsung melalui web.
"Kami mendapat banyak permintaan dan kami berharap pendengar kami dapat besabar kerana kami masih menyediakan asas infrastruktur kami untuk rancangan ini,"ujarnya.
Beliau juga berkata setakat ini pendengar Iban semakin bertambah setelah mereka meningkatkan siaran Iban daripada empat jam kepada enam jam sehari.
Beliau juga menekankan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Iban merupakan bahasa pengantara di CATS FM dan juga merupakan satu bahasa yang mempunyai banyak pegangan majoriti di Sarawak.
"Setakat ini CATS mempunyai polisi iaitu 60 peratus hiburan dan 40 peratus imformasi. Lebih-lebih lagi kami merupakan sebuah radio yang khas untuk penduduk Sarawak." ujarnya.
CATS FM yang majoriti pendengarnya dari kawasan Sibu dan Bintulu telah menganjurkan Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 2009 pada Hari Pekerja lepas.
Anugerah itu yang mempertandingkan 13 artis Iban telah menemukan Winnie Albert sebagai pemenang unggul dan lagunya 'Beperang Dalam Petang' telah dinobatkan sebagai lagu terbaik.
Cats FM merupakan stesen radio yang memperjuangkan muzik Iban dan AJARR merupakan salah satu acara tahunan sejak kemunculan pertama pada 2003.

Dipetik dari UTUSAN BORNEO,Isnin 03 Mei 2010.

Tahniah kepada semua pemenang AJLRR (Anugerah Juara Lagu Rentak Ruai) 2009 yang telah berlangsung di Kuching,Sarawak pada 1 May 2010. Antara artis yang telah mendapat anugerah ::

Winnie Albert - Vokal Terbaik & Lagu Terbaik
Ricky Andrewson - Persembahan terbaik & No 3 undian
Peter & Sijah - No 1 undian
Lucy - No 2 Undian
LUH - Anugerah Khas

Terima kasih juga kepada semua peminat yang telah mengundi artis kesayangan anda. Teruskan menyokong industri muzik Iban di Sarawak.

ADMIN.

2 comments: